Related Posts with Thumbnails

U follow i Follow

DIMAKLUMKAN... SAYA DAH PENCEN AMBIK GAMBAR PENGANTIN.. TERIMA KASIH..

HUKUM BERINAI ALA BOLLYWOOD

|


Assalamualaikum... nak kongsi sikit perihal berinai, sebab dari perbuatan halal menjadi perbuatan haram. Renungkan hadis-hadis dibawah sebagai pedoman kita. Semoga majlis yang dibuat nanti beroleh penuh keberkatan.

1. Dari Ibnu Umar ra katanya: “ Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”..(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim).

2. Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : “Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)

Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz : “ inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”.


Jelas lah disini bahawa inai berukir nie adalah mirip kita bertatu...walaupun tidak minggalkan kesan
yang panjang kepada kulit kita..namun jelas ianya adalah salah dari sudut agama kita iaitu ISLAM
walaupun ianya menjadi satu trend kepada pengantin, dan wanita..
Tidak semestinya ukiran inai malah apa2 ukiran yang kita buat
pada anggota kulit badan kita akan dilaknati oleh Allah..

0 Pandangan:

BERMAIN DENGAN PHOTO

 

©2009 Muharowang Picture (WEDDING PHOTOGRAPHER) | Template Blue by TNB